Wednesday, 12 December 2012

Penggunaan sempoa

Untuk menggunakan sempoa. Kita haruslah menggunakan hanya dua jari sahaja. Ibu jari dan Jari Penunjuk. Ibu Jari hanya digunakan untuk menggerakan manik-manik dibahagian bawah ke arah bim. Manakala mengerakkan manik bahagian bawah dari atas ke bawah. Manik bahagain atas ke menghampiri bim dan manik bahagian atas dari bawah menjauhi bim pula kita menggunakan jari penunjuk.














Menggerakkan manik bahagian bawah dari atas ke bawah.
Menggerakkan manik bahagian bawah ke atas.



Menggerakkan manik bahagian atas dari atas ke arah bim.



Menggerakkan manik bahagian atas dari bawah menjauhi bim.





Bagi murid-murid yang sudah tahu menggunakannya, maka bolehlah terus mengikuti cara penambahan mudah menggunakan sempoa seperti di bawah.


Penambahan Mudah

Penambahan nombor satu digit dengan nombor satu digit 


tanpa kumpul semula.




1 manik di bawah dinaikkan ke atasuntuk menunjukkan nilai 1.Untuk ditambah dengan nilai 2, naikkan 2 manik lagi  ke atas.Hasilnya adalah 3.


Penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa kumpul semula.





Naikkan 2 manik bawah yang paling kanan ke arah palang/bim; dan naikkan 1 manik bawah yang berada di sebelah kiri untuk menunjukkan nilai 12.

Untuk menambahkannya dengan nilai 31, gerakkan 1 manik di bahagian nilai tempat sa ke atas; dan 3 manik bahagian nilai tempat puluh ke atas. 

Hasilnya adalah 43.



1 comment:

  1. Selamat sejahtera Cikgu.

    Boleh bagi contoh bgmana utk kira 4 + 16 dan 73 - 28 guna sempoa?

    Terima kasih.

    ReplyDelete