Tuesday, 11 December 2012

Pelajaran Abakus dalam matematik

Apa itu Program Abakus dan Aritmetik Mental?

Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan salah satu model matematik membolehkan murid menguasai aritmetik mental.




Program Latihan Abakus Dan Aritmetik 
Mental untuk jurulatih utama.

Program Latihan Abakus Dan Aritmetik Mental 
untuk guru matematik sekolah rendah.

 Pelaksanaan kurikulum Abakus 
Dan Aritmetik Mental di sekolah

Sasaran Program Abakus dan Aritmetik Mental KPM

Membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan pengiraan secara mental.

6 Sebab Utama Penggunaan Abakus Dan Aritmetik Mental Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik

  • Penumpuan 

Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan meningkatkan murid.

  • Ingatan

Kedua-dua otak kiri dan otak kanan aktif  apabila menggunakan abakus. Otak kanan mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.

  • Gambaran Dan Inspirasi

Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.

  • Pemerhatian

Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.

  • Kepantasan

Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama mengelakkan daripada kesilapan.

  • Membaca Dan Mendengar

Kebolehan membaca secara kuat, memahami dan memproseskan maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.

Perkembangan Program Abakus Di Malaysia

  • Abakus pertama kali diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1994. Pada peringkat awal, abakus jenis 5:2 yang dikenali sebagai sempoa digunakan.
  • Sistem perwakilan nombor pada sempoa jenis 5:2 adalah kurang berkesan dan penggunaan sempoa sebagai alat pengiraan tidak selaras dengan perkembangan terkini.
  • Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk menggunakan abakus 4:1 Dalam masa yang sama idea Aritmetik Mental juga diintegrasikan dalam program abakus.
  • Dari tahun 1996 hingga 2010, kurikulum abakus tidak dilaksanakan secara formal di sekolah tetapi program latihan abakus untuk guru dijalankan.
  • Hanya pada tahun 2004 program Abakus dan Aritmetik Mental dilaksanakan di sekolah rendah Malaysia secara formal.
Isi Kandungan Kurikulum Abakus Dan Aritmetik mental

A) Pengetahuan

  • Perwakilan Nombor
  • Tambah dan Tolak
  • Darab
  • Bahagi

B) Kebolehan

  • Mengaplikasikan ilmu abakus dalam pengiraan aritmetik.
  • Menggambarkan proses operasi dan hasilnya dalam minda.

C) Sikap

  • Disiplin diri
  • kepantasan
  • Ketepatan

Strategi Pelaksanaan

  • Dinyatakan di dalam kurikulum Matematik sekolah rendah.
  • Abakus merupakan satu alat untuk menguasai kemahiran mengira.
  • Menggunakan abakus sebagai model konsep untuk menguasai pemahaman tentang konsep nombor bulat, tambah dan tolak.
  • Menggunakan abakus dalam aktiviti pengiraan.





1 comment:

  1. Selamat sejahtera Cikgu Ong Mei Lin,

    Syabas kerana menyediakan bahan pelajaran matematik yg berguna melalui blog. Walau bagaimana pun, saya ingin memberi sedikit teguran tentang penggunaan warna tulisan. Saya dapati penggunaan warna teks agak kurang sesuai pada tajuk-tajuk tertentu. Sebagai contoh penggunaan warna merah atau biru berlatarbelakangkan warna kelabu gelap agak kurang sesuai. Teks menjadi sukar utk dibaca. Saya mencadangkan Cikgu menggunakan yg lembut utk warna latarbelakang spt warna cyan (biru kehijauan) manakala teks pula eloklah berwarna gelap seperti hitam atau atau biru tua.

    ReplyDelete