Sunday, 16 December 2012

Masa dan waktu

Perayaan Negara Kita



Tahun Baru , disambut pada 1hb Januari setiap tahun.


Tahun Baru adalah suatu perayaan di mana suatu budaya merayakan berkhirnya masa satu tahun dan menandai dimulainya hitungan tahun selanjatnya.






Tahun Baru Cina

Perayaan ini desambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi "angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diidi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedia-kedia untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada Tahun Baru Cina ialah Chap Goh Meh.





 Hari Pekerja ( 1 Mei )

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1hb Mei. Ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.







Hari Ibu ( Ahad Minggu ke -2 Bulan Mei)

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, ia di sambut pada setiap hari Ahad minggu ke-dua pada Bulan Mei.






Hari Guru ( 16 Mei )

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16hb Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.






Hari Ayah ( Ahad minggu ke-3 Bulan Jun)

Hari Ayah adalah hari untuk menghormati Ayah.  ia di sambut pada setiap hari Ahad minggu ke-tiga pada Bulan Jun.






Hari Kebangsaan ( 31 Ogos )

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31hb Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemeriapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari Kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.






Hari Malaysia ( 16 September )

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.







Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.






Hari Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamir.




Hari Krismas (25hb Disember)

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

No comments:

Post a Comment