Thursday, 11 October 2012

OBJEKTIF MATEMATIK




OBJEKTIF


Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:


  • Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
  • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab, dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
  • Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
  • Berkomunikasi menggunakan idea matematik dan matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan isyilah yang betul.
  • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
  • Berfikir, menaakul dan membuat dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian。
  • Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
  • Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
  • Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

No comments:

Post a Comment